Online Diary ✿Aqila✿

Tuesday, June 30, 2015

Semester 4 done ~


Assalamualaikum





Salam Ramadhan...Alhamdulillah ditemukan lagi kita dengan bulan penuh barakah ini. Insya Allah semoga Ramadhan kali ini lebih baik daripada sebelum ini dan itu lah harapan kita setiap kali ketibaan nya.Sangat dirindukan dan dinantikan pada setiap tahun.dan Alhamdlillah Ramadhan kali ini dapat disambut bersama family tersayang kat Terengganu :) .Final exam habis 2 hari sebelum Ramadhan. Tetapi seperti tahun-tahun sebelum ini,tahun ini merupakan tahun ke 11 ,saya menyambut Ramadhan tanpa abah tersayang di sisi. Tidak pernah menduga tahun 2004 adalah tahun terakhir menyambut Ramandhan bersama ayahanda tersayang.Teringat dia kejutkan untuk bangun sahur sampai dia tertido kat sebelah hehe. namun, siapa kita untuk melawan takdir Allah. Semoga diri ini terus sabar insya Allah.




Seperti biasa, cuti semester yang panjang,almost 3 bulan. Pengisian? insya Allah macam-macam dah rancang untuk diisi time cuti. Nanti ada kursus dengan scholarship at Kuala Lumpur ^^ me is so excited haha

so semester 4...what happengg? everything is ok.yeah, i could survive. final exam memang takde gap, takde study week,apa boleh buat? nama lagi belajar, nak tak nak, kena hadap semua ni dengan tabahnya hehe . and semester 5,maigadd da 3rd year,cepatnya masa berlalu.awal-awal lagi da plan nak pegi Kundasang,insya Allah kalau tiada aral. Flight ticket done booked. Tinggal nak check condition Sabah,if gempa berterusan,mungkin takde rezeki kami nak bercuti kat sana,keep pray for Sabah.and plan B,guess what? Universal Studio Singapore for second time !!!! last time pergi tak dapat ride roller coaster sebab under maintainance. my friend pergi after final exam haritu,da dapat ride dah so insya Allah akan pergi lagi. takshabarnyasaya~



and sampai sini saja . i wanna sleep ~





Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Sunday, February 15, 2015

Indahnya sabar


Assalamualaikum and hai ....




Alhamdulillah dapat berblog lagi hari ni.Cepat sangat masa berlalu.Lagi seminggu cuti semester berbaki. Rasa tak produktif sangat cuti ni.hehe tapi takde la tak produktif sangat, still ada benda yang dibuat, Alhamdulillah... and semester depan agak tough memandangkan revision week hanya 2 hari. Takpela, bersabarlah kerana sabar itu indah :)





Alhamdulillah tadi , diberi keluangan masa untuk tadabbur sepotong ayat dari surah 13 Ar-Ra'd , ayat 22 , yang bermaksud :

" Dan orang yang sabar kerana mengharap keredhaan Tuhannya, melaksanakan solat, dan menginfakkan sebahagian rezeki yang Kami berikan kepada mereka, secara sembunyi atau terang-terangan serta menolak kejahatan dengan kebaikan; orang itulah yang mendapat tempat kesudahan (yang baik), "

Di sini, ayat ini menyatakan bahawa seseorang yang sabar dengan segala ujian yang menimpanya serta menolak segala kejahatan terhadapnya dengan kebaikan akan mendapat kesudahan yang baik insya Allah. Sekiranya kita dianiayai dan difitnah , alangkah baiknya kita bersabar dan mendoakan yang baik-baik sahaja kepada orang yang berbuat demikian terhadap kita . Mungkin ada hikmah disebalik ujian Allah . Sesungguhnya Allah sentiasa bersama orang-orang yang sabar.





Sungguh indahnya sabar itu. Ingatlah bahawa diamnya seseorang bukannya bererti dia lemah, tetapi dia hanya cukup dewasa untuk mengetahui amarah tidak akan pernah menyelesaikan sesuatu masalah. So, bersabarlah :)




Dan ingatlah Allah itu Maha Adil. What you give, you'll get it back ; either it is in a good way or vice versa. Ok sampai disini saja lah coretan saya hehe . nantikan entry Korea :)

Assalamualaikum










Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Thursday, January 29, 2015

29 January 2015 ~

Assalamualaikum and selamat pagi


Alhamdulillah dapat berblog lagi hari ni even demam and selesema teruk   :(
Bersyukurlah. Bukankah sakit itu kafarah dosa?

“Sesungguhnya seorang mukmin itu jika ditimpa penyakit, kemudian disembuhkan oleh Allah daripadanya (penyakit tersebut), maka ia (penyakit itu) menjadi kaffarah bagi dosa-dosanya yang telah lalu dan menjadi peringatan baginya untuk masa depannya. Sedang seorang munafik, apabila dia sakit lalu disembuhkan, maka dia seperti unta yang ditambat oleh pemiliknya, lalu mereka melepaskannya. Dia (orang munafik itu) tidak tahu mengapa dia ditambat dan dia tidak tahu mengapa dia dilepaskan.” (Hadis riwayat Abu Daud)



dad  :(


And hari ini, tanggal 29 Januari 2015, sebenarnya ulang tahun kelahiran arwah abah. Arwah abah would have been 59 today. Al-fatihah. Allah lebih sayangkan arwah abah.

if dulu selalu story ngan abah, cerita itu ini. Pastu time bulan puasa abah selalu kejutkan sahur. rindunya..... tapi sekarang hanya kenangan. and hati ni kan terasa kecil sangat,cepat sangat sedih bila sesiapa sakitkan hati ni. even benda tu kecil pun , mengalir terus air mata.. hehe apatah lagi the big thing. :(

Time tengah study pun, tiba-tiba mengalir air mata. Teringat. dalam seminggu tu, mesti ada satu hari terasa teringat and nak nangis. Pastu nangis la sorang-sorang. Buat-buat pakai spec sikit, tak nak roommate kita tahu. hehe sori roommate. saya bukan jenis share bab-bab ni. lebih suka pendam and nangis sorang-sorang. Sama jugak bila terima result exam ke, selalu teringat. sebab dulu abah suka bagi semangat untuk belajar and ada saja reward dia .


Tapi itu cerita dulu lah.. Last 10 years ago. Lamanya, dah 10 tahun tu, namun masih tak dapat move on lagi..Sedangkan dua insan yang berkasih bertahun pun tak dapat nak move on apatah lagi kasih seorang ayah..Bila tengok kawan-kawan call ayah diorang, Ya Allah sedih sangat. hehe.. tapi buat-buat gembira, tak suka orang tau kita sedih. sebab nanti mesti diorang rasa bersalah ...Ingat lagi time ke Korea dulu, kawan-kawan sibuk mencari ole-ole untuk ayah...ada yang nak cari baju, nak cari dompet..perasaan time tu hanya Allah saja yang tahu :'')




And target sekarang, nak belajar bersungguh-sungguh....nak tunaikan wasiat terakhir arwah abah.. insya Allah ... May Allah ease :')

Ok la..sampai sini saja ....Assalamualaikum


Miss u abah 










Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Thursday, January 15, 2015

Teaser Korea ~

Assalamualaikum and hai chuollss





A very first post on 2015 :D
Yes finally semester 3 is done ! Alhamdulillah.terasa tua nya ...dah umur 21 tahun ok..haa..So, for this first post of mine for tahun baru ni, i decided nak story pasal my short vacation at.....South Korea.. Alhamdulillah semua itu rezeki dari Nya...finally dapat menjejakkan kaki di bumi sonata,bumi kpop,aish sebut pasal kpop kang kecoh pulak sekarang kan pasal konsert tu..so far Alhamdulillah saya takdela tooo addicted dengan kpop...just layankan  aje drama,and layan je lagu-lagu korea tapi takde feel lagi nak pergi konsert kpop..hehe...





ok..korea..Alhamdulillah pergi sana selama seminggu..Pergi under tiket "Global Outreach Programme" under UTM tapi belanja sendiri..hehe ingat balik sedih jugak kisah GOP saya ni..ok for your information, UTM memang ada anjurkan program GOP ni ,kita boleh pilih nak ke mana, Korea? Japan? Australia? mana-mana je la kan. and UTM kasi RM1000 per student.katanyaaa..hmm..tiba group GOP saya,tabung GOP da habis.aish sedih nya lahai. That time ingatkan memang tak pegi dah kan,sebab dekat group whatsapp GOP tu macam semorang tengah takde duit..tup tup jadi pulak eh.tapi kena keluarkan duit sendiri..nasib baik ada duit tabungan biasiswa,bolehla digunakan nak bayar untuk ke Korea plus duit belanja nak beli ole-ole :)



Sebenarnya tak pernah dreaming pun nak ke Korea,.and takde dalam wishlist pun..entahla ..join ni pun sebab kawan yang ajak..sebab tu time nak pergi tu takdela excited sangat haha..macam takde feeling je. aku tengok orang lain kemain eksaited nya..aku kemas barang pun malam time nak gerak airport tu haa..nampak tak.time preparation pun da nampak da ..tapi itu cerita belum sampai lagi sana..bila da sampai...subhanallah tak nak balik boleh tak? perasaan time tu macam tak percaya,macam bermimpi..Rasa nak bawa mama ke korea..bawak adik-beradik,nenek..best sangat Ya Allah..Time saya pergi tu musim luruh nak masuk sejuk..suhu kalau pagi tu da negative da..tapi tak sejuk pun..sejuk natural,bukan sejuk air cond tu..




ok la..nama lagi teaser kan..so thats all from me haha..tunggu next post la untuk cerita selanjutnya.. :)

Bye ! Assalamualaikum





Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

 
Copyright © . All Right Reserved by Lyssa Faizureen